Sunday, August 29, 2010

Steamboat with yong tau foo sauce


Bahan- Bahan Sup:

1 ekor ayam (ayam tua lagi bagus)
Lobak merah
Celeri
Halia
Bawang Besar
Garam
Chicken Stock
Rock Sugar

Cara-caranya:

Ayam yang telah dibersihkan dipotong dan di rebus sehingga empuk bersama lobak merah(dipotong),batang celeri(dipotong),bawang besar(didadu kasar) serta halia yang dititik kasar.
Di renih dengan api perlahan sehingga semua sebati.(Makin lama di masak,makin bagus).
Masukkan garam dan chicken stock secukup rasa. Akhir sekali,masukkan sedikit rock sugar.

Bahan-bahan sos:

Cili kering
Gula melaka
Sedikit belacan
Tepung jagung
Garam
Bijan

Cara-caranya:

Cili digoreng sehingga garing.Angkat dan blend dengan sedikit air.Di dalam periuk,gula melaka dimasak dengan air dan masukkan sedikit belacan.Masukkan cili kering yang telah dikisar tadi.Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.Akhir sekali,masukkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak.Sedia untuk dihidangkan.